Thursday, September 19, 2019

Cara Bermain Batu Seremban

Buah Satu:
  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:
  • Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:
  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:
  • Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:
  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:
  • Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:
  • Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Kebaikan batu seremban untuk kanak-kanak;

Perkembangan Intelek;

  • Berfikir sejauh manakah tahap kanak-kanak dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan. 
  • Berusaha untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang disekitarnya.
  • Membantu kanak-kanak berfikir dengan lebih kreatif dan logik.
Perkembangan Sosioemosi

  • Membina kemahiran kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
  • Dapat belajar berinteraksi secara positif
  • Menambah kenalan melalui diskusi yang positif
Perkembangan Fizikal

  • Dapat menggunakan otot-otot halus untuk menggerakkan sesuatu.
  • Menggerakkan psikomotor kanak-kanak iaitu motor kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan dan bukan lokomotor
  • Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria seperti sentuh, mata dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment