Friday, September 20, 2019

Limited Edition Game!

Pihak kami telah bercadang untuk mengeluarkan satu permainan yang sangat terhad stoknya. Stok yang dikeluarkan tidak banyak. Jadi, marilah rebut peluang anda untuk menjadikan permainan ini milik anda!

Mari kita lihat apakah permainan menarik itu!


Kotak menarik ini bukan sebarang kotak. Ia adalah kotak yang mempunyai permainan yang menarik. Kotak ini dinamakan sebagai 'Let's count with me'.



Kotak let’s count with me ini diperbuat oleh barang terpakai iaitu kotak dan batang aiskrim. Let’s count with me ini sangat mudah untuk kanak-kanak mengira nombor tambah tolak dan darab.. Batang aiskrim disediakan untuk kanak-kanak mengira dengan mudah untuk mendapat jawapan. Kaedah ini mampu mengembangkan otak kanak-kanak untuk mudah mengira.


Bahan yang digunakan untuk menghasilkan permainan ini adalah:
- Kotak 
- Pembalut hadiah
- Batang aiskrim
- Kain

Cara bermain permainan ini:
- Kanak-kanak akan dibahagikan kepada kumpulan yang kecil.
- Kotak dibuka dan ibu bapa akan mula mengira nombor 1 hingga 10 bersama-sama.
- Kemudian, ibu bapa boleh memulakan dengan hasil tambah dan tolak dahulu diikuti dengan yang lain bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak.
- Permainan ini lebih berkesan jika ianya diperhatikan oleh ibu bapa.

Permainan ini harga berharga RM20 untuk sekotak dan ianya tidak termasuk caj pengeposan. Jika anda membeli 2 kotak dan ke atas, caj pengeposan akan dibelanja oleh kami. Jadi, tunggu apa lagi? Mari cepat dapatkan kotak 'Let's Count With Me' ini sementara stok masih ada!

Sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp 017-6659265 : Afaf atau boleh terus ke instagram kami @batuserembanforyou .

Thursday, September 19, 2019

Check This Out

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan batu seremban ialah;

  • Kain

  • Kacang Dhal

  • Benang dan jarum

  • Gunting


Terdapat 5 biji batu seremban yang telah dihasilkan


Proses membuat batu seremban;

  1. Batu seremban ini dijahit dengan kain dan benang yang berkualiti tinggi. Kacang yang digunakan untuk diisi ke dalam kain tersebut adalah kacang dhal.
  2. Kacang dhal diisi dengan banyak dan padat supaya jahitan batu seremban menjadi cantik dan kemas serta memudahkan penggunannya.
  3. Kemudian, kemaskan kain yang diisi kadang dhal tadi dan mulalah menjahit. Jahitan juga perlu dipastikan supaya dijahit dengan kemas supaya kacang dhal yang diisi ke dalam kain tadi tidak akan terjatuh ketika bermain dengannya.
  4. Batu seremban yang tidak padat akan menyebabkan kekalahan dalam permainan berlawanan. Batu seremban mestilah ringan dan padat.
Harga bagi satu set batu seremban;

Kami menawarkan harga yang sangat rendah di mana satu set (5 biji batu seremban) dijual dengan harga RM8 sahaja tidak termasuk caj pengeposan. Hal ini kerana kain yang kami gunakan berkualiti tinggi dan memerlukan modal untuk membelinya. Dengan harga serenda ini, kami percaya bahawa ramai yang mampu untuk memilik batu seremban. Caj pengeposan pula perlu ditambah lagi RM7 (maximum order 5 set). Jika anda membeli lebih dari 5 set, caj pengeposan akan ditanggung oleh pihak kami.


Setiap design ialah masterpiece di mana ia tidak akan dikeluarkan lagi kerana kami akan mengeluarkan design yang lain pula.  Jadi, sementara stok masih ada marilah beramai-ramai membeli batu seremban comel ini dengan kami kerana harga yang kami tawarkan sangat rendah dengan kualiti yang hebat. Sebarang pertanyaan boleh segera whatsapp di nombor 017-6659265 : Afaf atau boleh juga melawat laman instagram kami @congkakforyou .

Cara Bermain Batu Seremban

Buah Satu:
  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:
  • Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:
  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:
  • Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:
  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:
  • Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:
  • Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Kebaikan batu seremban untuk kanak-kanak;

Perkembangan Intelek;

  • Berfikir sejauh manakah tahap kanak-kanak dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan. 
  • Berusaha untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang disekitarnya.
  • Membantu kanak-kanak berfikir dengan lebih kreatif dan logik.
Perkembangan Sosioemosi

  • Membina kemahiran kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
  • Dapat belajar berinteraksi secara positif
  • Menambah kenalan melalui diskusi yang positif
Perkembangan Fizikal

  • Dapat menggunakan otot-otot halus untuk menggerakkan sesuatu.
  • Menggerakkan psikomotor kanak-kanak iaitu motor kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan dan bukan lokomotor
  • Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria seperti sentuh, mata dan lain-lain.

Sejarah Batu Seremban

  Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. 

  Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Image result for batu seremban

Apa Itu Batu Seremban?


Image result for batu seremban

  Batu Seremban merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak pada masa dahulu. Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya dimainkan menggunakan batu dan ia dikenali sebagai 'Buah´. 

  Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada kanak-kanak yang menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Biasanya jumlah buah digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji.Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan menggunakan tujuh biji objek-objek. 

  Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang diserambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Permainan batu seremban sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan, dan adakalanya kanak-kanak lelaki juga tidak ketinggalan bermain permainan ini.

  Permainan ini amat menyeronokkan dan dalam tidak sedar ia sangat membantu kita untuk lebih fokus bukan sahaja ketika bermain, malah ia memberi kesan yang positif tentang kefokusan kita hatta ketika belajar.

Selamat Datang ke Blog Batu Seremban For You

Blog ini telah dihasilkan oleh tiga kriteria iaitu 


  1. AFAF UMAIRAH BINTI ABD AZIZ LUTFI (B1704002)
  2. SITI KHODIJAH SAMSUDDIN (B1703001)
  3. SYARIFAH SYAHIRAH BINTI ABDULRAHHIM (BMA1605005)



Anda dijemput untuk melihat dan membaca setiap maklumat tentang batu seremban yang diceritakan di dalam blog ini. Sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp ke nombor

017-6659265 : Afaf

Blog ini dikendalikan oleh kami bertiga. Jangan segan silu untuk kerap melawat laman sesawang kami untuk tahu lebih lanjut tentang batu seremban yang kami jual. Selamat membaca!